Sejarah & Latar Belakang


IZEKROS ENTERPRISE ditubuhkan pada 8 Ogos 2000. Syarikat ini adalah 100% milik bumiputra dan memulakan perniagaannya dalam bidang pembinaan dan penyelenggaraan bangunan dan sehingga kini telah memperolehi beberapa kerja / projek atas kepercayaan berbagai pihak akan kemampuan dan kualiti kerja Syarikat.

Skop perniagaan kami adalah :
•    Kerja Kejuruteraan Awam – Am
•    Kerja Pembinaan dan Pembaikan Bangunan
•    Kerja Pembinaan Jalanraya
•    Kerja Besi dan Aluminium

Komitmen Syarikat adalah kearah memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan dengan efisien dan merangsang diri untuk sentiasa menghasilkan mutu kerja yang terbaik. Walaupun masih baru dalam bidang perniagaan, Syarikat didalangi dan disokong oleh kakitangan yang berpengalaman, berkelayakan dan berdedikasi yang sentiasa bermegah dengan tugas dan kerjaya mereka. Kami sentiasa bersedia dan berusaha untuk memberi yang terbaik dalam menjalankan tugasan kami dalam memenuhi harapan pelanggan kami. Bilamana keperluan dikehendaki kami akan bertindak dengan berusaha sedaya upaya kami untuk menyempurnakannya. Dengan adunan pengalaman dan kemahiran individu, kami menanamkan semangat untuk sentiasa berjaya dan sentiasa memberi yang terbaik kepada pelanggan sebagai balasan kepada kepercayaan pelanggan terhadap perkhidmatan Syarikat.

Oleh itu dengan adunan segala factor dan kekuatan diatas, IZEKROS ENTERPRISE sentiasa bersedia bersedia untuk membantu pelanggannya untuk mencapai mutu kerja yang terbaik dan sempurna dan disiapkan sebelum jadual yang ditetapkan. Kami percaya Syarikat kami mempunyai segala kualiti dan kelayakan untuk bersama-sama anda dalam menjayakan projek anda sekarang dan dimasa hadapan.